cara meluahkan perasaan cinta



Rancang dengan Matang 

 pilih waktu dan tempat yang sesuai. jika si gadis/jejaka tersebut tidak boleh keluar dengan anda kerana ada hal lain . hormatilah keputusan si dia dan membuat perancangan pada lain hari.

 Kenali  Dia Lebih Dekat 

 Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu.

 Ungkapkan Cinta dengan Sesuatu  

Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.

Cari Waktu dan Tempat Yang Sesuai 

 Waktu paling tepat untuk mengatakan cinta ialah ketika saat terluang atau hari bersantai. Pilih tempat yang kundusif dan romantik.

 Ungkapkan Cinta secara Langsung 

 Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.

 Siapkan Minda 

Jangan sampai suara tidak terkeluar atau berpeluh ketika mengucapkan kata cinta.

 Doa 

Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan saja dan anda harus pasrah atau reda.

perhatian ** post ini hanya perlu dibaca bagi yang berumur 22 tahun ke atas . hehe~ **

0 50 orang sedang menggeledah:

Post a Comment

komen!komen! hehe~ enjoy guys:)